[Video] "Tinggi Sangat Viva Tu Melambung..", Viva Melambung Gara-gara Cuba Elak Motorsikal Buat U-Turn Tiba-Tiba
Viral di media sosial video kemalangan membabitkan sebuah kereta Perodua
Viva yang hilang kawalan selepas cuba mengelak motosikal yang membuat
pusingan U secara tiba-tiba.
Menurut sumber, kejadian itu berlaku pada 11 Mei 2021, lebih kurang jam 6
petang di Bukit Kerdas, Negeri Sembilan, sempat dirakam dashcam pengguna
jalan raya lain di laluan bertentangan.
Berdasarkan video berdurasi 20 saat itu, kelihatan sebuah motosikal berada
di tepi jalan sebelum membuat pusingan U secara tiba-tiba tanpa menoleh
keadaan jalan di belakangnya terlebih dahulu.
Tindakan penunggang motosikal itu menyebabkan kereta Viva cuba mengelaknya
dengan membelok ke sebelah kiri dan malangnya hilang kawalan dan masuk ke
laluan bertentangan sebelum menghentam pokok di bahu jalan lalu melambung
tinggi ke udara.
Pada saat kereta itu menghentam pokok, bahagian enjin Viva meletup sehingga
mengeluarkan api dan serpihan keretanya terkena pada kereta saksi.
Berdasarkan perkongsian netizen, seorang lelaki warga emas yang juga Imam
surau di sebuah kampung di Batu Kikir, maut dalam kemalangan itu.
Tidak diketahui sama ada mangsa memandu bersendirian atau bersama penumpang
lain. Di media sosial, netizen mengucapkan takziah kepada keluarga
mangsa.
Orang ramai dinasihatkan berhati-hati ketika memandu/menunggang di jalan
raya dan patuhi peraturan jalan raya agar tidak menjadi punca kemalangan
yang boleh menyebabkan kehilangan nyawa orang tersayang.
Sumber: Facebook Tragedi Apa Hari Ini
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu dan memikirkan implikasinya sebelum menulis komen anda disini mahupun di media sosial yang berkaitan dengan artikel ini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini mahupun dimedia sosial. Ditegaskan, Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.