Budak disumbat dalam karung guni, dipukul bapa tiri seperti 'punching bag' sehingga mati
Bukan sahaja tidak dibantu, malah kanak-kanak berusia dua tahun ini
diabaikan oleh ibu kandungnya sendiri. Mangsa terpaksa menanggung rasa
sakit didera pukul oleh ayah tirinya yang menganggap dia sebagai punching
bag.
Jeritan mangsa langsung tidak pernah diendahkan oleh ibunya. Sehinggalah
kematian mangsa itu menggemparkan penduduk di kawasan kejiranan di
Kabupaten Langkat Sumatera Utara, Indonesia.
Mangsa, Muhammad Ibrahim Ramadhan, menjadi mangsa kekejaman bapa tirinya,
Ricky Sitepu, 30. Perbuatan suspek terbongkar selepas penduduk berada
curiga setelah lima hari tidak melihat kelibat mangsa yang kebiasaannya
bermain bersama kanak-kanak lain.
Didorong dengan rasa ingin tahu, beberapa penduduk datang ke rumah
keluarga itu tetapi tidak menemui mereka. Dalam masa yang sama, mereka
ternampak satu bonggolan tanah yang mencurigakan dan mengeluarkan bau
busuk.
Turut ditemui, selipar mangsa, yang menguatkan lagi prasangka penduduk
setempat yang kemudian mengambil keputusan untuk mengorek tanah itu dan
terkejut apabila menemui mayat mangsa di dalamnya.
Polis mengesahkan penemuan mayat itu dan mengesyaki mangsa telah dibunuh.
Mayatnya dibawa ke hospital untuk dibedah siasat.
Siasatan awal mendapati mangsa dibunuh oleh Ricky Sitepu. Malah mangsa
juga selalu didera oleh suspek seperti dicucuh dengan puntung rokok,
dimasukkan dalam karung guni dan digantung di luar rumah sebelum dipukul
seperti punching bag.
Perbuatan suspek diketahui ibu mangsa tetapi langsung tidak
mempedulikannya. Ketika dia tahu anaknya telah mati dibunuh suspek, si ibu
membantu suspek menguburkan mangsa.
Selesai menguburkan mangsa, mereka melarikan diri. Tetapi mereka berjaya
dikesan oleh pihak polis lalu ditangkap untuk tindakan undang-undang.
Mereka bakal berdepan dengan hukuman penjara seumur hidup atau penjara
maksimum 20 tahun.
Sumber: Sosok