Kucing digantung sampai mati kerana makan 9 ekor burung merpati
Baru-baru ini viral di media sosial gambar seekor kucing berwarna putih
digantung sehingga mati yang dipercayai berlaku di Indonesia.
Menurut sumber, kucing itu dihukum gantung sampai mati kerana memakan 9
ekor burung merpati milik seorang individu.
"Ini kucing yang makan burung merpati saya yang hilang sejak kebelakangan
ini, 9 ekor burung merpati. Sudah seminggu saya buat pengintipan," tulis
Dewa Candra.
Perbuatan Dewa itu mengundang kemarahan ramai sehingga menarik perhatian
NGO yang kemudian melaporkan perbuatan Dewa itu kepada polis.
Junian Christina, anggota Bali Cat Lovers berkata, Dewa tidak sepatutnya
bertindak melampau seperti itu, sebaliknya dia hanya perlu mengusir kucing
itu.
"Kucing itu perlu diusir sahaja, tak perlu diseksa seperti itu. Ini dah
viral di media sosial, kita akan laporkan kepada unit jenayah siber,"
katanya.
Sumber: Sosok