'Dah terlanjur, nak buat camne?' - Bapa perkosa anak kandung mahu bertanggungjawab nikahi mangsa
Masyarakat digemparkan dengan berita seorang bapa memperkosa anak
kandungnya sehingga menyebabkan remaja berusia 16 tahun itu hamil enam
bulan.
Menurut polis, kejadian itu terbongkar selepas si isteri berasa curiga
dengan kehilangan suspek dan anak perempuannya, lalu membuat laporan
kepada polis.
Suspek mengaku memperkosa anak perempuannya selama dua tahun dan
segalanya bermula selepas suspek ternampak mangsa yang baru pulang dari
sekolah mahu menyalin pakaian di biliknya.
Suspek terus memeluk mangsa dari belakang dan memaksa anaknya melayani
nafsunya. Mangsa cuba melawan tetapi tewas kerana tidak berdaya melawan
kudrat bapanya itu.
Suspek mengaku memperkosa mangsa seminggu sekali dan perbuatan itu hanya
berhenti apabila mangsa datang haid.
"Dia (mangsa) selalu menolak setiap kali saya meminta. Biasanya dalam
seminggu, saya akan memperkosanya sekali kecuali dia datang bulan,"
katanya.
Suspek melakukan perbuatan terkutuk itu ketika isterinya keluar
mengerjakan sawah padi.
Setelah dua tahun melakukan jenayah itu, mangsa disahkan hamil enam
bulan. Suspek cuba memaksa mangsa menggugurkan kandungan itu dan sanggup
membeli beberapa ubat untuk mangsa menggugurkan kandungannya agar
perbuatan terkutuknya selama ini tidak disedari oleh isteri.
Namun, usaha suspek menemui kegagalan dan kandungan mangsa sangat kuat
dan tidak dapat digugurkan.
Oleh kerana tiada pilihan lain, suspek terpaksa menyembunyikan anaknya di
sebuah tempat tanpa pengetahuan isterinya.
Curiga melihat tingkah laku suami dan anak menghilang selama tiga minggu,
si isteri kemudian membuat laporan polis yang membawa kepada penangkapan
suspek di sebuah bilik hotel.
Ketika disoal siasat, suspek mengakui akan bertanggungjawab dan dia
sanggup berkahwin dengan anak kandungnya sendiri.
"Perbuatan itu memang tak senonoh tapi nak macam mana lagi, dah terlanjur
Kalau disuruh bertanggungjawab, saya nak menikahi dia (mangsa)," kata
suspek.
Sumber: Tribun News