Suami bakar isteri sampai mati sebab mandul
Seorang lelaki di Mesir tergamak membakar isterinya hanya kerana wanita
itu tidak dapat memberi zuriat kepadanya sepanjang tempoh 3 tahun
berkahwin.
Lapor media Mesir, Al-Wafd, Muhammad mengikat isterinya, Aya, dan
disimbah dengan cecair mudah terbakar sebelum membakarnya
hidup-hidup.
Selepas berbuat demikian, Muhammad meninggalkan mangsa di rumah mereka
dan menunggu di balkoni rumah ibu bapanya yang juga berada di bangunan
yang sama. Malah, dia tidak menghubungi talian kecemasan.
Polis dan ambulans tiba di tempat kejadian setelah dihubungi jiran suspek
dan mendapati mangsa sudah terbakar 70 peratus sehingga menjejaskan
paru-parunya. Mangsa meninggal dunia akibat kecederaan parah.
Menurut keterangan jiran, mangsa selalu didera oleh suspek dan ibu
mertuanya yang menuduh Aya mandul.
Suspek telah ditahan dan akan didakwa di mahhkamah atas tuduhan
membunuh.
Related:
- Kantoi curang? Pemuda kecewa, kekasih diam2 keluar bersama lelaki Myvi biru.. Pandai hang buat2 tak kenal, dasar perempuan si*l..
- lsteri Mahu ʙᴇʀꜱᴀʟɪɴ di ʜᴏꜱᴘɪᴛᴀʟ Swasta, Suami ᴛᴇʀᴘᴀᴋꜱᴀ Kerja Siang Malam Kumpul RM10K
- Sebab Tak Cukup RM300, Tiada Siapa Nak Uruskan Jenaazah Anak – Lelaki Kongsi Kisah Sedih Terjadi Pada Ayah Ini
Sumber: Middle East Monitor