Terima 17 jahitan angkara kuali tiba-tiba jatuh dari langit
Mangsa, Wang Juqing, 81, cedera di kepala dan menerima 17 jahitan selepas
kepalanya ditimpa kuali anti-lekat.
Dalam kejadian 17 Mei di daerah Jingyan, China, mangsa sedang berjalan di
bawah bangunan kediaman itu untuk pulang makan di rumahnya sebelum
kepalanya secara tiba-tiba ditimpa kuali yang terjatuh dari
langit.
"Saya dalam perjalanan pulang ke rumah untuk makan dan tiba-tiba ada
objek menimpa dahi saya," katanya.
Ekoran kejadian itu, keluarga Wang kini terpaksa berdepan dengan bil
perubatan yang mahal.
Sementara itu, polis sedang melakukan siasatan bagi mengesan individu
yang bertanggungjawab di atas kejadian itu sehingga menyebabkan kecederaan
yang serius pada mangsa. Polis mengumpul semua cap jari penduduk di
bangunan berkenaan.