"Memang Kena La..", Nekad Buat Laporan Palsu, Untuk Raih Perhatian isteri yang Tuntut Cerai
Seorang lelaki sanggup merisikokan rumah tangganya dengan membuat laporan palsu kononnya dia disamun dan motosikalnya dilarikan oleh dua lelaki yang tidak dikenali kelmarin, semata-mata mahu meraih perhatian isterinya yang menuntut cerai.
Ketua Polis Daerah Kota Belud (Sabah),
Superintendan Sahimi Husin berkata, helah lelaki berusia 30-an itu bagaimanapun
kantoi selepas curiga dengan laporannya sebelum dia mengaku membuat laporan
palsu.
"Suspek kemudian membawa polis ke lokasi
dia menyembunyikan motosikalnya dan mengaku terpaksa membuat laporan itu kerana
mahu menyelamatkan rumah tangganya.
"Ujian saringan air kencing dibuat dan
mendapati dia positif dadah jenis yabu. Dia ditahan untuk siasatan
lanjut," katanya.
Suspek kini disiasat di bawah Seksyen 182 Kanun
Keseksaan dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Justeru, Sahimi mengingatkan orang ramai untuk
tidak melakukan perbuatan sedemikian dan jika didapati memalsukan laporan boleh
dikenakan tindakan tegas, termasuk dihukum penjara dan denda jika sabit
kesalahan.
Sumber: Harian Metro
Sudah baca jangan lupa like, komen dan share ya
😊
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan
bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu dan memikirkan implikasinya sebelum
menulis komen anda disini mahupun di media sosial yang berkaitan dengan artikel
ini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis
disini mahupun dimedia sosial. Ditegaskan, Segala komen adalah hak dan tanggungjawab
anda sendiri.