[Video] "Saya Bantu Bukan nak Riak, Kita Tahu Suasana Sini..", Pendakwah Viral Yang Berucak Ketika Beri Bantuan Tampil Beri Penjelasan
Susulan video viral pendakwah agama dikritik netizen kerana tidak beradab dan mengaibkan orang yang menerima sumbangan, pendakwah berkenaan tampil memberikan penjelasan mengapa dia berbuat demikian.
Dalam video live semalam Hisammuddin Sulaiman
menjelaskan, apa yang berlakunya bukannya seperti yang didakwa. Sebaliknya
hanya orang tempatan sahaja yang faham akan situasi tersebut.
"Ibu-ibu tahukan saya punya video itu, ibu
tahu kan? Yelah, orang sini fahamlah (situasi). Kita yang tahu suasana di sini.
Kita yang faham Sabah kan ibu? Siapa di depan kita, yang perlu kita bercakap
begitu.
"Bukan kita marah ibu, kalau kita marah
baik kita berhenti. Kita menghadapi macam-macam. Kadang-kadang dia berebut dan
melompat saja. Macam tadi pun sama, dia sudah ambil (sumbangan bekalan
makanan), itu hari kan sana dia sudah ambil. Saya sudah tunjuk, bapak hari itu
sudah ambil kan. Bila kita bagi, dia lompat saja. Satu orang tak dapat tadi,
kesian betul. Ini masalah dia.
"Jadi dalam video itu ibu nampak, isunya
saya suruh solat saja kan? Bukan suruh buat benda lain. Sebab apa? Orang-orang
yang memberi sumbangan juga, yang ada juga bersama dengan saya memberi bantuan
ini, mereka juga nak menyumbang, mereka pun nak juga bahagian-bahagian itu.
"So ibu, saya nak minta ibu bantu saya,
ibu solat je. Tolong solat ye. Doakan saya, sihat. Saya tak sihat ni, kaki
sakit. Tapi saya datang juga sebab sayang dengan ibu semua, dengan bapak
semua," katanya.
Beliau juga berterima kasih kepada yang
viralkan dua video tersebut kerana secara tidak langsung beliau dapat bertemu
semula dengan rakan-rakan lamanya semasa tinggal di Port Dickson.
"Ibu tengok ucapan saya itu (nada) tinggi,
bukan nak marah orang tak pasal-pasal. Kita mengajar, saya ajar diorang ini,
tanya siapa yang tak kena rotan? Semua kena rotan dan penampar lagi. Sebab apa?
Nak mereka jadi orang.
"Orang Semenanjung yang bising ni ibu. Kita
di Sabah, biasa bah itu kan? Jadi orang Semenanjung yang bising ini kita minta
diorang datang untuk membantu di Sabah ini. Bukanlah kita susah sangat pun,
tetapi kita perlulah membantu orang-orang yang memerlukan. Sekarang ini masalah
Covid-19, kita tersangkut/terkepung.
"Bukan masalah kita miskin, kita pun ada
kereta. Bukan susah mana tetapi kita tersangkut, tak boleh kerja. Bukan kita
malas, tak ada kerja, tak boleh kerja, itu saja. Kalau dah boleh kerja nanti,
tak ada masalah sudah, kan?
"Yang diorang bising kat kita sampai
lemparkan kata-kata kesat pada saya. Saya maafkan diorang, terima kasih tolong
viralkan dan share. Kita minta sembahyang saja, bukan untuk saya tetapi untuk
ibu semua. Kalau tak tahu, tanya saya. Bukan saya nak marah tak pasal-pasal.
"Cumanya di tempat hari itu, memang di
kampung itu saya buat surau, kampung itu saya hantar sapi buat korban, buat
pertandingan bola sepak, buat sukan budak-budak. Dulu saya ada sekolah tadika
pintar di Port Dickson, jadi suara saya mengajar memang begitulah,"
katanya semasa menyampaikan sumbangan di kawasan Keningau.
Sumber: Facebook Hisammuddin SulaimanSudah baca
jangan lupa like, komen dan share ya 😊
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan
bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu dan memikirkan implikasinya sebelum
menulis komen anda disini mahupun di media sosial yang berkaitan dengan artikel
ini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis
disini mahupun dimedia sosial. Ditegaskan, Segala komen adalah hak dan tanggungjawab
anda sendiri.