"Saya Terpaksa Lacvrk4n Dia Untuk Bayar Hutang..", Ibu lacvrk4n anak sendiri untuk bayar hutang
MIRI - Polis hari ini menahan dua wanita termasuk seorang ibu disyaki
melacurkan anak kandungnya berusia 14 tahun untuk melangsaikan masalah
hutang, di Lawas, Limbang.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar berkata tangkapan
pertama dilakukan pada 2.15 petang di Jalan Liaw Kim Liu, Lawas melibatkan
suspek berusia 30 tahun yang merupakan ibu kandung mangsa.
"Tangkapan kedua pada 3.05 petang apabila polis menangkap wanita berusia
45 tahun yang juga pemilik karaoke di sebuah kedai di Jalan Haji
Matussin, Lawas," katanya dalam kenyataan.
Dev berkata polis sedang dalam proses mengenal pasti identiti dan memburu
lelaki yang didakwa merogol remaja perempuan itu.
"Kedua-dua suspek akan dibawa ke Pejabat Daerah Lawas pagi esok untuk
permohonan reman dan kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan
Seksyen 43 (1) (a) & (d) Akta Kanak-Kanak 2001," katanya.
Beliau berkata, mangsa yang tidak lagi bersekolah membuat laporan di
Balai Polis Lawas pada 10.55 pagi tadi, dengan bantuan ketua kampung
tempat mangsa tinggal.
"Mangsa bekerja sebagai pelayan di sebuah karaoke di Lawas. Dia dipaksa
oleh ibu kandungnya dan pemilik karaoke tersebut untuk mengadakan hubungan
seks dengan seorang lelaki yang tidak dikenalinya," katanya.
Dev berkata mangsa mendakwa ibunya mempunyai masalah kewangan yang serius
akibat terlalu banyak berhutang dan meminta dia mengikut lelaki terbabit
ke sebuah hotel di Lawas.
“Mangsa melihat lelaki itu membayar RM1,000 kepada pemilik karaoke
seorang wanita berusia 45 tahun dan kejadian berlaku pada April
2017, dengan mangsa mendakwa lelaki tersebut merogolnya tiga kali di
sebuah bilik di hotel tersebut," katanya.
Beliau berkata mangsa yang sebelum ini merahsiakan insiden tersebut,
akhirnya melaporkan kejadian tersebut kepada ketua kampung di
kawasan tempat tinggalnya. - Bernama