Enggan putus, muka ditet4k bekas teman lelaki
Seorang remaja perempuan parah di muka akibat ditetak oleh bekas teman
lelakinya yang berang mangsa memutuskan hubungan mereka.
Dalam kejadian jam 9 malam di Bireun, Aceh, Indonesia, muka mangsa, Firda
Maisura Tarmizi, 18, ditetak suspek dengan pisau menyebabkan luka parah
dari pipi kiri ke kanan yang turut membelah hidungnya.
Tidak cukup dengan itu, suspek juga merampas beberapa barangan milik
mangsa seperti wang tunai, telefon bimbit dan motosikal Honda Beat sebelum
meninggalkan mangsa yang cedera.
Mangsa sempat berjalan sejauh 100 meteri untuk mendapatkan bantuan tetapi
tidak berdaya dan terjatuh di tepi jalan sebelum ditemui orang awam
kira-kira jam 9 malam Isnin di Jalan Desa Beunyot dalam keadaan terbaring
dan berlumuran darah.
Mangsa kemudian dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan
kejadian itu dilaporkan kepada pihak polis.
Menurut keterangan mangsa kepada pihak polis, Firda mendedahkan mukanya
ditetak oleh bekas teman lelaki yang tidak berpuas hati dengan
keputusannya untuk berpisah.
"Dia kemudian bertindak agresif dengan menarik tangan saya sehingga
terjatuh. Saya cuba melawan, tetapi dia mengeluarkan pisau dan terus
menetak muka saya sebelum saya terus tidak sedarkan diri,"
katanya.
Polis kini sedang menyiasat kejadian itu dan mengambil keterangan dari
rakan-rakan suspek untuk membantu mengesan suspek yang telah menghilangkan
diri sejak kejadian itu.