70 Tahun Hidup Bersama, Pertama Kali Atuk Menangis Enggan Berganjak Dari Kubur Isteri

Tak dinafikan lagi, setiap orang mesti teringin hidup bersama pasangan masing-masing buat selamanya.

Namun sebagai manusia, siapalah kita untuk menolak segala ketentuan Tuhan lebih-lebih jodoh dan ajal yang telah ditetapkan oleh-Nya.

Baru-baru ini, seorang wanita bernama Inneke Santoso berkongsi kisah cinta hingga akhir hayat antara datuk dan arwah neneknya.

Cinta sejati hingga akhir hayat

Apa yang mencuri hati ramai adalah kedua-dua pasangan itu sudah 70 tahun berumah tangga dan apa jua aktiviti akan dilakukan bersama dipenuhi rasa cinta dan sayang.

Nenek pergi dahulu

Bagaimanapun, tahap kesihatan neneknya itu semakin tenat dan dia telah menghembuskan nafas terakhir buat selamanya beberapa hari lepas.

Datuk menangis buat kali pertama

Berikutan itu, Inneke bercerita seumur hidupnya itulah kali pertama dia melihat datuknya menangis.

Lebih menyayat hati apabila warga emas berkenaan tidak mahu berganjak dari kubur selepas isteri tersayang selamat dikebumikan.

Biarpun telah dipujuk oleh ahli keluarga lain, datuknya tetap kelihatan sedih dan tidak seceria biasa.

Perkongsian tersebut mengundang rasa sebak dalam kalangan netizen yang mana rata-rata mereka terkesan menyaksikan kisah cinta sejati itu.

Dalam pada itu, mendoakan agar mereka akan bersatu di akhirat kelak.

Sebak, cinta sejati

Jodoh di dunia & akhirat

Sedihnya tengok

Al-Fatihah

Sumber: TikTok @innekesantoso

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel

close