Ramai Malu Lihat Abang PPE Gelek Dengan Wanita Asing, Rupanya Bukan Staf KKM?

3 hari lalu, media sosial dihangatkan dengan isu di mana sekumpulan frontliner KKM terlihat meraikan penamatan perintah PKPD di Pangsapuri Sri Ayu, Bandar Baru Bangi, Selangor dengan berjoget beramai-ramai sesama mereka. Namun begitu, tindakan beberapa orang wanita warga asing yang turun ke bawah lalu bergelek sama telah menimbulkan rasa kurang senang netizen.

Jangan aibkan profesion orang lain bila pakai PPE bro

Tambahan pula, ada beberapa petugas yang lengkap memakai PPE turut sama-sama melayan dan ‘menggeletis’ sehingga mengabaikan batas pergaulan. Tak ubah seperti memburukkan nama barisan hadapan negara, semalam juga telah ramai pihak menyuarakan rasa segan termasuklah seorang pegawai perubatan ini.

Hanya kerana mereka, habis semua frontliner kena kecam

Pun begitu, ada pula perspektif lain mendedahkan bahawa yang ligat berjoget itu bukanlah terdiri daripada petugas Kementerian Kesihatan Malaysia seperti tanggapan ramai orang. Menurut saudari Airen pula, dia menegaskan agar penghuni di pangsapuri terbabit berhenti mentioned ‘abang-abang’ PPE berkenaan sebagai pegawai KKM agar integriti mereka tidak terus dipertikaikan masyarakat.


KKM tak masa joget macam tu…Tolong jaga nama baik

Di samping itu, seorang jururawat bernama Nurhuda turut menjelaskan yang bertugas di kawasan terbabit bukanlah pegawai KKM. Rupanya, ia merupakan petugas daripada jabatan awam yang lain. Bukanlah melarang mereka berjoget sebegitu, cuma harapannya agar setiap orang yang terlibat dalam bahagian kawalan kesihatan wabak ini menjaga nama baik semua frontliner.


Ramai Malu Lihat Abang PPE Gelek Dengan Wanita Asing, Rupanya Bukan Staf KKM? 2

Ramai Malu Lihat Abang PPE Gelek Dengan Wanita Asing, Rupanya Bukan Staf KKM? 3

Sumber : Nyloairen irensusya ibrahimfitri fukimon

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel

close