Lelaki berusia 50 tahun tonton drama bersiri straight 3 minggu, tiba-tiba buta dan mengalami strok
Seorang lelaki berusia 50 tahun di Taiwan secara tiba-tiba hilang deria
penglihatannya (buta) dan mengalami strok selepas menonton drama bersiri
selama tiga minggu berturut-turut.
Menurut laporan China Press, perkara itu dikongsikan oleh pakar neurologi
dalam sebuah program TV di mana pesakit itu menonton drama bersiri secara
berterusan selama tiga minggu menyebabkan dia hilang penglihatan sebelah
mata dan mula berasa pening.
Pesakit itu pada awalnya menyangka mata dia terlalu penat, tetapi daya
penglihatannya tidak pulih selepas dia mengalami buta sebelah
mata.
Lelaki itu kemudian pergi berjumpa dengan doktor yang mengesahkan
keadaannya disebabkan oleh usianya yang sudah tua dan hanya memberi ubat
titis mata. Namun seminggu kemudian, masalah yang sama berulang ketika dia
sedang memandu.
Sekali lagi lelaki itu pergi berjumpa dengan doktor yang kemudian
mendapati salah satu arteri karotid pesakit itu sempit dan tersekat
sepenuhnya, menyebabkan dia mengalami strok dan juga punca salah satu
matanya hilang daya penglihatan.
Jelas doktor, arteri karotid menyalurkan darah yang dipam dari jantung ke
leher sebelum disalurkan ke otak. Sekiranya saluran itu tersekat, ia boleh
menyebabkan pesakit mengalami strok.
Doktor tidak menyebut tabiat pesakit yang menonton TV terlalu lama
menyebabkan perkara itu berlaku. Tetapi kajian menunjukkan jika seseorang
itu terlalu kerap menonton TV, ia boleh mendatangkan risiko masalah
kesihatan, thromboembolism - keadaan di mana gumpalan darah yang boleh
menyebabkan maut.
Related:
Ini kerana seseorang itu duduk terlalu lama boleh mengurangkan aliran
darah yang kemudian berisiko tinggi untuk diserang strok.
Sumber: China Press, World of Buzz