'Alamak!? Tersangkut?!' - Botol tersangkut dalam rektum selepas lelaki ini cuba garu punggungnya dengan botol
Seorang lelaki dilaporkan cuba menggaru punggungnya dengan botol 7 inci
dan berakhir dengan botol itu tersangkut di dalam rektumnya.
Kejadian itu berlaku di China dan mangsa yang dikenali sebagai Wen
terpaksa pergi ke sebuah hospital di Guangdong untuk meminta bantuan
selepas dia gagal mengeluarkan botol itu.
Wen menjelaskan kepada pegawai perubatan yang dia cuba menggaru
punggungnya dengan botol dan secara tidak sengaja tergelincir lalu
termasuk ke dalam rektumnya.
Selepas diperiksa, doktor terpaksa membuat pembedahan ke atas Wen bagi
mengeluarkan botol itu dari rektumnya.
Botol itu berjaya dikeluarkan dan keadaan Wen dilaporkan
stabil.
Botol yang dikeluarkan itu merupakan botol yang mengandungi ubat nyamuk
buatan tradisional.
Sumber: The Sun, World of Buzz