Datuk bunuh isterinya kerana tak tahan dengar gosip yang mendakwa mangsa curang
Seorang lelaki berusia 72 tahun tergamak menetak wajah isterinya sendiri
sehingga mati kerana bengang mendengar gosip yang mendakwa isterinya
curang.
Dalam kejadian yang berlaku di
Tangerang Selatan, Indonesia, suspek yang dikenali sebagai Mbah, baru ke
pulang ke rumah dan melihat isterinya (32) sedang menonton TV di sebelah
anak mereka berusia 3 tahun sedang tidur.
Mbah kemudian meminta isterinya membuat air kopi untuk melepaskan
kepenatan setelah seharian bekerja mencari rezeki untuk keluarga.
Suspek: "Saya haus, ada kopi tak?"
Mangsa: "Sudahlah, pergi sana."
Bengang mendengar jawapan isterinya, suspek terus mengambil golok di atas
peti sejuk lalu dilayang ke wajah mangsa bertubi-tubi.
Mangsa mengalami pendarahan teruk dan maut di tempat kejadian. Suspek
pula terus melarikan diri dari rumah itu ke rumah anaknya di Gunung
Sindur.
Kejadian itu disedari oleh jiran yang kemudian datang memeriksa dan
mendapati mangsa sudah tidak bernyawa, sementara anak mangsa menangis
tidak berhenti-henti.
Polis tiba di tempat kejadian dan terus melakukan siasatan sebelum
menghantar sepasukan anggota polis untuk memberkas suspek.
Ketika diminta keluar dari rumah, suspek keluar dengan tangannya yang
masih memegang golok. Tetapi berjaya ditumpaskan oleh polis dan terus
dibawa ke balai untuk tindakan lanjut.
Siasatan awal mendapati, suspek bertindak demikian kerana sudah sekian
lama menahan geram lebih-lebih lagi kemarahannya membara selepas mendengar
gosip isterinya berlaku curang.
Tetapi, suspek menjelaskan dia tidak berniat untuk membunuh mangsa, hanya
sekadar mahu mencederakan wajahnya agar tiada lelaki lain yang mahu
mendekatinya.
Sebelum berkahwin pada 2012, suspek merupakan duda dan mangsa juga
berstatuskan janda. Gosip yang mengatakan mangsa curang juga mula timbul
sejak beberapa tahun sebelum ini.
Polis kemudian meminta suspek menunjukkan bukti bahawa isterinya curang,
tetapi suspek tidak dapat berbuat demikian. Malah dia sendiri tidak pernah
melihat mahupun mencekup mangsa berlaku curang.
Suspek akan didakwa di mahkamah dan bakal berdepan dengan hukuman penjara
tujuh tahun kerana membunuh.
Sumber: Sosok