Mayat lelaki ditemui dalam longkang, sukar diangkat kerana terlalu berat, rupa-rupanya...
Sudah menjadi lumrah orang awam akan heboh apabila terjumpa mayat
manusia. Tetapi bagaimana jika mayat yang ditemui itu adalah gurauan
semata-mata? Sudah tentu orang hanya mampu ketawa saja kerana terasa
terperdaya, seperti kes yang viral di Filipina baru-baru ini.
Seorang lelaki ditemui dalam keadaan tidak bergerak di dalam longkang dan
gambar penemuan 'mayat' itu dimuat naik ke Facebook oleh Ronald Bato Dela
Rosa Solid Supporters.
Orang awam percaya lelaki itu telah dibunuh di tempat lain dan mayatnya
dicampak ke longkang itu yang penuh dengan sampah, lalu memaklumkan
penemuan itu kepada pihak berkuasa.
Tidak beberapa lama kemudian, pasukan penyelamat tiba di lokasi dan cuba
mengangkat mayat itu tetapi mengalami sedikit kesukaran kerana mayat itu
berat.
Percubaan kali kedua, dua anggota penyelamat berkenaan terkejut apabila
mayat itu secara tiba-tiba mencelik matanya.
Setelah diperiksa, rupa-rupanya lelaki itu masih hidup dan dipercayai
berada dalam keadaan mabuk sehingga terjatuh ke dalam longkang lalu
tertidur.
Sumber: Sosok