'Dulu dia rog0l ibu saya' - Dendam, remaja tik4m perogol ibunya bertubi-tubi sampai mati
Remaja berusia 18 tahun ini dipenjara kerana membalas dendam terhadap
seorang lelaki yang pernah merogol ibu kandungnya.
Maulud Riyanto, 18, ditahan polis sehari selepas suspek menikam
mangsa, Yasin Fadilla, 49.
Kejadian itu berlaku ketika Yasin baru saja keluar dari rumah menuju ke
rumah jirannya. Setelah pulang, 30 meter sebelum sampai ke rumah, Yasin
dihalang oleh suspek dari meneruskan perjalanan, lalu menikamnya
bertubi-tubi.
Suspek pada ketika itu memakai penutup muka agar tiada sesiapa yang dapat
mengenalinya. Tetapi ada penduduk yang ternampak kejadian itu terus
bertindak mengejar suspek tetapi suspek berjaya meloloskan
diri.
Mangsa dikejarkan ke hospital, namun disahkan meninggal dunia kerana
mengalami kecederaan parah.
Kurang dari 24 jam selepas kejadian, polis berjaya menahan suspek yang
bersembunyi di rumah saudaranya yang sudah tidak berpenghuni.
Sebelum ditangkap, suspek menghubungi adik kandungnya untuk meminta wang
agar dia dapat melarikan diri ke Kediri. Ketika dalam perjalanan ke
terminal, suspek ditahan polis.
Soal siasat mendapati suspek berbuat demikian kerana menyimpan dendam
terhadap mangsa, sejak dia berusia 12 tahun di mana dia mendapat tahu
ibunya pernah dirogol oleh mangsa.
"Dulu ibu saya dirogol oleh dia. Saya dengar sendiri semua itu semasa
saya masih kecil. Ada penduduk yang datang ke rumah meminta perkara itu
diselesaikan secara aman. Itu yang membuatkan saya berdendam sampai
sekarang," katanya.
Sementara itu, polis mengesahkan kes itu bermotifkan dendam dan dengan
pengakuan suspek, polis menganggap siasatan kes itu sudah selesai dan
suspek akan didakwa di mahkamah.
Siasatan juga mendapati, suspek sudah merancang untuk melakukan jenayah
itu, malah menyediakan pisau untuk menikam mangsa. Senjata itu disimpan di
dalam bilik suspek. Suspek juga mengaku mengintip mangsa untuk mengetahui
gerak gerinya dengan meminjam motosikal daripada rakan.
"Dia mengikuti mangsa dan setelah itu, suspek pergi mengambil pisaunya di
rumah dan kembali bersedia di lokasi kejadian sebelum menyerang mangsa,"
kata polis.
Sumber: Tribun News