Tolak ajakan bermadu, lelaki tikam suami kepada wanita yang dicintainya
Seorang lelaki nekad menikam suami kepada wanita yang disukainya agar dia
dapat memiliki wanita itu biarpun dengan cara paksaan.
Kejadian itu berlaku di Yogyakarta, Indonesia di mana suspek menikam
mangsa kerana mengaku mencintai isteri mangsa dan disebabkan itu.
Suspek, Masrin Putra, 28, menikam mangsa, Winarta, 46, selepas bengang
isteri mangsa menolak lamaran cinta dari suspek.
Sebelum itu, suspek dan mangsa bertengkar dan setelah kejadian itu,
suspek melarikan diri dengan motosikal. Sementara mangsa pula dikejarkan
ke hospital kerana mengalami luka parah di bahagian dada
kanan.
"Motifnya suspek suka dengan isteri mangsa dan mahu bermadu. Dari
pengakuannya, suspek berfikir jika mangsa mati, dia dapat memiliki
isterinya," kata polis.
Suspek ditahan polis ketika sedang bekerja. Motosikal, jaket, helmet dan
senjata yang digunakan ketika kejadian turut dirampas.
Suspek akan didakwa di mahkamah dan berdepan dengan hukuman penjara
maksimum 12 tahun.
Sumber: Sosok