"Hentikan Serta Merta Perbuatan itu..", KPN Tegah Amalan Periksa Warga Asing Secara Rambang
Related:
- (Video) 'Wa 3 line punya orang! Lu langsi sama wa!' - 2 lelaki buat onar di PPV ditahan polis
- Pegawai Kementerian Pendidikan Tinggi kerap mengeluh dijatuhkan hukuman mati oleh Kim Jong-Un
- "Kami Hanya ikut SOP..", Pihak Masjid Putra Memohon Maaf Isu VIP Dibenarkan Masuk Solat Jumaat Sedangkan Ramai Lagi Yang Beratur
KUALA LUMPUR: Amalan pemeriksaan
secara rambang ke atas warga asing perlu dihentikan bagi mengelakkan pegawai
dan anggota polis menyalahgunakan kuasa mereka.
Malah, Ketua Polis Negara, Datuk
Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, mereka juga tidak boleh sesuka hati
menahan warga asing bagi tujuan reman selama dua minggu atas alasan untuk
mengesahkan sama ada mempunyai pasport atau dokumen yang dicap Jabatan Imigresen
adalah tulen atau sebaliknya.
Justeru itu, kata beliau, arahan
akan dikeluarkan kepada semua Ibu Pejabat Polis Daerah dan Kontinjen supaya menghentikan
perkara itu.
“Amalan dan budaya sedemikian
adalah satu daripada ruang-ruang yang akan membawa kepada salah guna kuasa oleh
polis.
“Saya akan mengeluarkan arahan
untuk dihentikan serta-merta perbuatan itu iaitu memeriksa warga asing secara
rambang tanpa alasan yang munasabah,” katanya dalam sidang khas bersama
beberapa media dan Utusan Malaysia di sini semalam.
Sumber : .UTUSAN ONLINE
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu dan memikirkan implikasinya sebelum menulis komen anda disini mahupun di media sosial yang berkaitan dengan artikel ini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini mahupun dimedia sosial. Ditegaskan, Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.