Budak 3 tahun disahkan rabun kerana kerap menonton kartun di handphone
Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun di China mengalami
masalah pengelihatan selepas tinggal bersama datuk dan neneknya. Ini
kerana mangsa kerap diberi bermain dengan telefon pintar dan menonton
kartun setiap hari.
Tong Tong, hanya akan duduk diam jika diberi menonton kartun di
smartphone oleh penjaganya .
Namun, apabila dia dibawa ke hospital untuk melakukan pemeriksaan sebelum
masuk ke tadika, ahli keluarganya terkejut bila dimaklumkan tahap
pengelihatannya terjejas, iaitu rabun jauh (200 degree) dan terpaksa
memakai cermin mata.
Doktor pakar oftalmologi memberitahu ibu bapa Tong Tong yang mereka
sepatutnya memantau aktiviti anak mereka ketika masih kecil atau anak
mengalami masalah pengelihatan (rabun) bila usia meningkat
dewasa.
Buat masa ini, Tong Tong terpaksa menggunakan cermin mata untuk
memperbetulkan semula pengelihatannya. Tetapi jika mereka terus
membenarkan Tong Tong menggunakan smartphone dengan kerap, dia berisiko
mengalami masalah mata yang serius termasuk buta pengelihatan.
Sumber: Setn, World of Buzz