'Saya dah cakap jangan cium anak saya tapi diorang buat juga' - Bayi 6 bulan hidap penyakit herpes
Seorang ibu telah memuat naik gambar-gambar anak perempuannya terkena
jangkitan virus herpes selepas dicium oleh kenalannya, sebagai peringatan
dan kesedaran kepada orang ramai.
Virus tersebut boleh ditularkan dengan hanya satu ciuman dan Oarlah yang
baru berusia enam bulan turut menjadi mangsa.
Difahamkan, kes tersebut berlaku pada tahun lalu dan dimuat naik semula
untuk memberi peringatan kepada orang ramai.
Hollie, 21, sangat terkejut apabila mendapati anaknya menghidap penyakit
herpes yang boleh menyebabkan selesema dan buta. Sedangkan Hollie sebelum
ini ada memberitahu ahli keluarga dan kenalannya untuk tidan mencium
Oarlah yang baru lahir.
Melihat keadaan Oarlah semakin teruk dengan banyak bintik-bintik di
bahagian kepala dan muka, Hollie segera membawa anaknya ke hospital untuk
mendapatkan bantuan.
"Saya dah cuba melindungi dia tetapi dia masih dijangkiti virus itu. Masa
saya mengandung, saya pernah terbaca di Facebook seorang ibu yang bayinya
terkena jangkitan virus itu selepas dicium oleh ahli
keluargannya.
"Orang ingat saya paranoid apabila saya memaklumkan kepada mereka untuk
tidak mencium Oarlah yang baru saja dilahirkan.
"Tapi ada yang kata saya masih mentah dan terlalu berhati-hati sebab baru
pertama kali menjadi ibu. Tapi saya peduli apa?
"Malah saya tak benarkan ibu saya sendiri mencium Oarlah. Saya sendiri
pun hanya cium kaki, geletek perutnya dan tidak pernah mencium mukanya,"
katanya.
Sehingga Oarlah berusia enam bulan, wajah Oarlah dipenuhi dengan
bintik-bintik. Oarlah dibawa ke hospital dan doktor mengesahkan Oarlah
dijangkiti virus herpes.
"Kami dah cuba untuk melindungi dia, saya bagai tak percaya ia masih
boleh berlaku. Mukanya kemerahan. Puas kami cuba fikirkan, siapa yang
mencium dia tetapi doktor beritahu, virus itu juga boleh berjangkit
melalui sentuhan," katanya.
Oarlah kemudian diberi ubat anti viral dan melawan virus itu.
Bintik-bintik itu juga masuk ke mata kirinya.
"Saya takut melihat keadaan dia. Saya tahu dia boleh jadi buta disebabkan
virus itu. Doktor letak pewarna kuning di matanya," katanya.
24 jam kemudian, bengkak di wajahnya menyusut dan virus itu juga tidak
menjejaskan penglihatannya.
Selepas empat minggu kemudian bintik-bintik itu semua hilang
sepenuhnya.
Sehingga kini, Hollie masih tidak membenarkan sesiapa untuk mencium
anaknya.
"Dia telah pulih sepenuhnya dan kini berusia 15 bulan,"
katanya.
Sumber: Mirror