'Dia terpengaruh dengan filem biru' - Suami jual isteri di Twitter untuk digauli dua lelaki sekali gus, ditahan polis
Media sosial seharusnya digunakan secara bijak dan tidak disalahgunakan
untuk tujuan yang tidak baik.
Tetapi bagi seorang lelaki di Jawa Timur, Indonesia ini nekad menjual
isterinya di media sosial kepada lelaki hidung belang. Bahkan, dia juga
membenarkan isterinya digauli beberapa lelaki lain dalam satu
masa.
Terdahulu, viral di media sosial polis menahan suspek di sebuah hotel di
Tuban, Jawa Timur.
Suspek, Ardian Elga Mardhini, 28, bekerja sebagai pemandu lori, menjual
isterinya melalui Twitter dan memberikan alasan dia berbuat demikian
kerana masalah ekonomi serta mempunyai fantasi seksual pelik.
Suspek ditahan pada 20 Mac 2020, bersama isterinya dan dua lagi suspek
lain di bilik hotel tersebut.
Ketika diserbu, dua daripadanya sedang tidur, manakala dua lagi berada di
dalam bilik mandi.
Ketua Polis Daerah Tuban, Ruruh Wicaksono berkata, siasatan mendapati
suspek telah menjual isterinya sebanyak sembilan kali untuk melakukan aksi
threesome di beberapa bandar.
Siasatan juga mendapati, terdapat dua kali transaksi wang dilakukan di
Tuban di mana Ardian memperolehi 1.5 juta rupiah (RM405) hingga 6 juta
rupiah (RM1,620).
"Suspek menjual isterinya melalui Twitter. Suspek mengaku dia terpengaruh
dengan filem dewasa. Mereka ditahan di sebuah hotel di Tuban.
"Alasannya, ada masalah kewangan dan selain itu dia selalu menonton filem
biru. Suspek mendapat untung 'bersih' 4 juta rupiah (RM1,080) selepas
membayar kos penginapan hotel," katanya.
Difahamkan, isteri suspek pernah menolak cadangan Ardian yang mahu
menjualnya di media sosial. Setelah puas dipujuk, akhirnya wanita itu
bersetuju.
Ardian juga mengaku perbuatan itu dilakukan di atas kesepakatan bersama
isterinya.
"Ini atas dasar bersama. Hasil (wang) saya berikan kepada isteri," kata
Ardian sambil tertunduk malu.
Ardian bagaimanapun mengaku bersalah dan menyesal menjual isterinya di
media sosial. Suspek kini berdepan dengan tindakan undang-undang dan bakal
berdepan dengan hukuman penjara enam tahun.
Sumber: Sosok