Wanita Aceh menangis meminta berhenti disebat kerana kesalahan berzina
Gambar menunjukkkan seorang wanita Indonesia menangis ketika dibawa
pegawai polis ke atas pentas di mana dia akan menjalani hukuman sebab atas
kesalahan berzina.
Wanita yang tidak didedahkan identitinya itu telah didapati bersalah atas
tuduhan melakukan persetubuhan di luar perkahwinan dan dikenakan hukuman
sebat di khalayak ramai di bawah undang-undang syariah.
Wanita itu merupakan salah seorang daripada lapan individu yang menjalani
hukuman sebat itu di Banda Aceh, Sumatera, Indonesia.
Dua pegawai wanita membawa pesalah terbabit ke atas pentas itu dan
disuruh melutut di depan orang ramai yang mengambil kesempatan untuk
merakam video dengan menggunakan telefon bimbit masing-masing.
Kemudian datang seorang pegawai wanita membawa rotan untuk melaksanakan
hukuman itu.
Setelah beberapa kali disebat, wanita itu mengangkat tangan meminta
berhenti seketika kerana tidak dapat menahan kesakitan itu. Salah seorang
pegawai tampil memberinya air sebelum hukuman disambung
semula.
Setiap pesalah dikenakan hukuman 25 hingga 45 sebatan atas kesalahan
mereka.
Aceh merupakan satu-satunya wilayah di Indonesia yang majoriti
penduduknya adalah beragama Islam dan mengamalkan undang-undang
syariah.
Hukuman sebat di khalayak ramai adalah hukuman yang biasa dilakukan di
wilayah itu bagi kesalahan seperti berjudi, minum arak, hubungan sejenis
dan berzina.
Tujuan hukuman itu dilakukan untuk memberi pengajaran kepada para pelaku
agar malu dengan perbuatan mereka.
Hukuman sebat di khalayak ramai itu mendapat banyak bantahan dari
kumpulan pejuang hak asasi manusia dan Presiden Indonesa Jokowi yang
meminta amalan itu dihentikan, tetapi masih ramai yang menyokong amalan
itu diteruskan di Aceh.
Sumber: Daily Star