(Video) 'Kau tak sama level dengan anak aku, jangan mimpi nak jadi suami dia!' - Ibu marah penjaja makanan yang bercinta dengan anaknya
Berdasarkan video berdurasi 30 saat itu, si ibu sedang membebel memarahi
lelaki berkenaan yang dikatakan menjalinkan hubungan dengan anak
perempuannya.
Tetapi hubungan mereka tidak dapat diterima oleh si ibu yang kemudian
datang bersama dengan anak perempuannya berdepan dengan lelaki itu.
Dengan nada suara yang tinggi si ibu berkata bahawa lelaki itu tidak
layak bercinta dengan anaknya.
"Kau tu tak sama level dengan anak aku. (Apa tahap) pendidikan kau
berbanding dengan anak aku? Status kau tu cuma berniaga macam ni (menjaja
di tepi jalan).
"Ini yang kau nak bangga kan? Macam ni nak jadi suami kepada anak aku?!"
kata wanita itu sambil menunjuk-nunjuk muka lelaki itu sebelum mengambil
penutup periuk dan mencampakkannya ke lantai.
"Sampai bila pun, jangan berminpilah nak jadi suami kepada anak aku,
paham!?" tegasnya yang kemudian menarik tangan anaknya pulang.
Video itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang kesal dengan sikap
angkuh si ibu.
"Kalau ye pun tak nak terima lelaki itu, tak payahlah nak
merendah-rendahkan dia," kata netizen.
Bagaimanapun, itu semua hanya lakonan sahaja.
Bagaimanapun, itu semua hanya lakonan sahaja.
Disebabkan video viral itu, ibu kepada pelakon wanita itu dikecam teruk
oleh netizen membuatkan si anak terkilan.
"Padahal cuma sebagai talent (lakonan) dan diserang ramai orang..."
Sumber: Sosok
"Padahal cuma sebagai talent (lakonan) dan diserang ramai orang..."