Tangan & mulut bayi melecur teruk selepas bermain soket elektrik
Ibu bapa yang mempunyai anak kecil perlu sentiasa mengawasi anak mereka
dari sebarang bahaya sama ada di dalam atau luar rumah. Cuai atau leka
sesaat boleh menyebabkan anak menanggung akibat berpanjangan.
Disebabkan kecuaian si ibu, bayi perempuan berusia dua tahun ini terpaksa
menanggung kesakitan yang tidak terkata.
Dalam kejadian yang berlaku di Liaoning, China, bayi itu dibiarkan
bermain gajet sendirian di dalam bilik neneknya, sementara ibunya sibuk
menguruskan hal-hal rumah.
Apabila ibunya datang memeriksa keadaan, dia terkejut sebaik saja melihat
anaknya bermain dengan paku lalu dirampas dan diletakkan di tempat tinggi
sebelum kembali menyambung mengemas rumah.
Tidak beberapa lama kemudian, si ibu terhidu bau terbakar dari rumah itu
lalu segera berlari mendapatkan anaknya kerana menyangka berlaku
kebakaran. Tetapi ianya lebih teruk dari apa yang disangka.
Sebaik saja membuka pintu, dia melihat anaknya memegang paku dan dicucuk
ke dalam lubang soket elektrik menyebabkan dirinya terkena
renjatan.
Mangsa melecur teruk di bahagian kedua-dua belah tangan dan mulutnya yang
bengkak dan terus segera dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan
rawatan.
Doktor berkata, mangsa mengalami luka melecur tahap empat dan tidak dapat
dipastikan sama ada otaknya turut terjejas.
Sumber: Sin Chew Daily, World of Buzz