(Video) 'Mak, ayah maaf kalau tak dapat kahwin & ada anak' - Khunsa putuskan untuk jadi lelaki, sempat hidup sebagai perempuan selama 16 tahun
Seorang pemuda di Tegal, Indonesia yang dilahirkan sebagai khunsa sempat
menjalani kehidupan sebagai seorang perempuan selama 16 tahun.
Sepanjang tempoh itu, dia tidak pernah mengalami haid seperti yang
dialami remaja perempuan lain. Malah dia mula menyedari dirinya lebih
kepada lelaki dan menyukai perempuan lalu mengambil keputusan untuk
menjalani pembedahan alat kelamin bagi menjadikan dirinya
lelaki.
Kevin atau namanya sebelum ini, Siti Aishah, memiliki dua alat kelamin
dan sejak dari kecil lagi dia sudah biasa dianggap sebagai anak perempuan
oleh kedua orang tuanya kerana dia membuang air kecil melalui 'miss
v'.
Namun apabila menginjak ke usia remaja, Kevin tidak mengalami pertumbuhan
payudara dan datang haid seperti rakan perempuannya yang lain.
"Jadi pada awalnya saya dilahirkan dengan dua benjolan testis di antara
lubang miss v. Jadi, lubang miss v di sebelahnya itu ada dua testis,"
katanya ketika ditemubual dalam program #GritteBukaPraktek di
YouTube.
Pada umur 16 tahun, dia mula menyedari dirinya lebih kepada lelaki dan
mula tertarik dengan perempuan. Walaupun begitu dia masih ragu-ragu.
"Tahun 2014, saya beranikan diri pergi membuat pemeriksaan kesihatan
tanpa pengetahuan keluarga kerana saya tidak mahu melukakan perasaan
mereka yang selama ini menganggap saya sebagai perempuan. Malah orang
kampung pun begitu juga," katanya.
Kevin juga mengaku dia gembar berpenampilan seperti lelaki, bersukan dan
bergaduh dengan rakannya. Lebih ketara lagi apabila dia mula tumbuh
janggut.
Setelah menjalani pemeriksaan, doktor mengesahkan Kevin adalah lelaki dan
disarankan untuk melakukan pembedahan jantina.
Dalam operasi pembedahan itu, miss v Kevin dijahit dan bagi membentuk
alat kelamin lelaki, doktor mungkin perlu mengambil isi dagingnya dari
bahagian tangan atau kaki atau paha.
Kevin mengakui dia berasa sedih apabila mengetahui fizikalnya begitu dan
pernah memohon maaf kepada ibu bapanya sekiranya dia tidak dapat berkahwin
dan memberi cucu.
"Mak, ayah maafkan saya kalau suatu masa nanti saya tak dapat kahwin dan
mempunyai zuriat sendiri. Maafkan saya, ini bukan kemahuan apatah lagi
keinginan saya, tetapi ini pemberian Tuhan," katanya.
Doktor berpesan kepada Kevin, walaupun pembedahan itu berjaya tetapi
masih ada risikonya dan Kevin perlu dibantu dengan terapi
hormon.
Sumber: Sosok