Bengang isteri tuntut cerai, suami cekik anaknya berusia 5 tahun sampai mati
Perasaan marah yang tidak terkawal boleh mendorong seseorang itu
bertindak di luar kawalan tanpa berfikir panjang, termasuk membunuh orang
lain.
Musadi, 39, dari Jambi, Indonesia ditahan polis kerana disyaki membunuh
anak kandungnya berusia lima tahun kerana tidak dapat menerima permintaan
isterinya yang mahu bercerai.
Terdahulu, jiran mereka, Mustofa, menemui mangsa dalam keadaan tidak
sedarkan diri di tepi rumah penduduk. Mustofa menyangka mangsa tertidur
lalu memaklumkan kepada ibunya.
Setelah datang menghampiri anaknya, Rina Kasturi terkejut apabila
mendapati anaknya itu sudah tidak bernyawa dan mengesyaki mangsa dibunuh
oleh suaminya.
Ketika disoal siasat, Musadi mengaku dia membunuh mangsa kerana dia tidak
mahu menurut perintahnya.
Musadi berkata, selepas dia pulang dari mendulang emas, dia meminta Rina
membuatkan air teh. Tetapi Rina menolak dan meminta Musadi membuat airnya
sendiri dan dalam masa yang sama Rina berkata dia tidak mahu lagi menjadi
isteri Musadi.
Musadi kemudian mahu membawa anaknya ke pasar, tetapi dilarang oleh Rina.
Musadi nekad membawa anaknya keluar tetapi bukan ke pasar, sebaliknya ke
kebun yang terletak di belakang rumah.
Musadi meminta anaknya mencari buah mangsa di kebun itu sebelum mengambil
kesempatan untuk mencekik leher mangsa dari belakang sehingga mati.
Musadi membunuh mangsa pada jam 12 tengah hari dan menggendong mayat
mangsa selama sehingga waktu malam di kebun itu sebelum meninggalkan mayat
mangsa tidak jauh dari rumahnya, lalu melarikan diri.
Polis berjaya mengesan suspek yang bersembunyi di satu kawasan dan
terpaksa melepaskan satu das tembakan terhadap suspek yang cuba melarikan
diri dari ditahan.
Kes itu kini sedang disiasat dan polis mengesahkan suspek tidak mempunyai
masalah mental berdasarkan soalan yang diajukan semuanya dijawab dengan
baik.
Sumber: Sosok