'Saya dihina keluarganya' - Wanita tikam suaminya sampai mati kerana selalu dihina mertua sejak menjadi isteri kedua
Tidak tahan menahan rasa sakit hati, seorang wanita disyaki membunuh
suaminya di Jakarta Utara dan menjerit bagaikan tiada hari esok ketika
cuba ditahan oleh polis.
Dalam kejadian yang berlaku , Rosmiati, 42, menikam suaminya sehingga
mati.
Difahamkan, Rosmiati adalah isteri kedua kepada Alexander Putra, 61.
Semenjak berkahwin, Rosmiati mengakui dia tidak pernah hidup dalam
ketenangan.
Empat tahun mendirikan rumah tangga dengan lelaki itu, Rosmiati mengaku
dia kerap bertengkar dengan Alexander kerana masalah keluarga si suami
yang tidak dapat menerimanya sebagai isteri kedua. Malah dia kerap
dihina.
"Saya dihina oleh keluarganya. Suami tak izinkan balik ke rumah ibu bapa
saya, apatah lagi membela saya apabila saya dihina oleh
keluarganya.
"Saya dikurung di dalam rumah biarpun sudah berkali-kali saya beritahu
yang saya rasa tidak selesa di sini (rumah mertua).
"Saya sudah sakit hati, dihina berkali-kali dan ayah mertua pula hanya
mendiamkan diri tanpa mengambil sebarang tindakan," kata Rosmiati di depan
polis dan wartawan dan sidang media, sambil menangis
teresak-esak.
Menurut polis, pasangan itu bertengkar dan Rosmiati juga mengancam untuk
membunuh dirinya di hadapan suami. Bengang dengan kata-kata isterinya itu,
Alexander mencekik dan menampar Rosmiati. Kemudian Alexander pula
mengancam membunuh diri dan kedua-duanya berebut pisau sehingga Alexander
mati tertikam.
Rosmiati panik dan terus meminta bantuan untuk menghantar suaminya ke
hospital. Namun, Alexander gagal diselamatkan dan disahkan meninggal dunia
sebelum sempat sampai di hospital.
Keluarga mangsa tidak berpuas hati dan berasa curiga dengan kejadian itu
lalu membuat laporan polis. Polis kemudian mengeluarkan semula mayat
Alexander dari kubur untuk dibedah siasat.
"Hasil dari bedah siasat, mangsa meninggal dunia akibat tikaman di bahu
kiri dengan lebar dua sentimeter," kata polis.
Sementara itu, Rosmiati juga mengaku telah membunuh mangsa setelah mereka
bergaduh dalam kejadian 21 Januari 2020.
Rosmiati akan didakwa di mahkamah atas tuduhan membunuh dan bakal
berdepan dengan hukuman penjara 15 tahun.
Sumber: Sosok