Pelajar bunuh suspek cuba merogol kekasihnya bakal dipenjara seumur hidup
Seorang pelajar lelaki bakal berdepan dengan hukuman penjara seumur hidup
kerana didakwa membunuh lelaki yang cuba merogol teman
wanitanya.
Kes itu mendapat perhatian banyak pihak kerana menganggap hukuman penjara
seumur hidup itu tidak setimpal dan remaja itu hanya bertindak untuk
melindungi teman wanitanya dari menjadi mangsa rogol.
Difahamkan, kejadian itu berlaku di Kabupaten Malang. Ketika itu, pelajar
berkenaan yang dikenali sebagai ZA sedang bersama dengan teman wanitanya,
didatangi suspek utama iaitu Misnan dan dua rakannya.
Selain merompak pasangan itu, Misnan juga baerkata dia mahu merogol teman
wanita ZA, iaitu V, secara bergilir-gilir dengan dua rakannya
itu.
ZA kemudian mempertahankan diri dengan menikam dada Misnan menggunakan
pisau.
Media tempatan melaporkan, ZA sudah berkahwin dan memiliki seorang cahaya
mata. Walaupun begitu, ZA masih berstatus sebagai pelajar. Manakala V pula
bukan isterinya, sebaliknya adalah teman wanitanya.
Kes itu turut mendapat perhatian dari peguam terkenal di Indonesia,
Hotman Paris yang selalu membantu masyarakat yang ditindas, selain selalu
mempersoalkan kes yang dihakimi secara tidak adil.
"Sudah ramai yang menghubungi saya untuk memberi perhatian kepada kes
anak muda yang didakwa melakukan pembunuhan ini. Padahal, anak muda itu
membunuh kerana mahu membela teman wanitanya dari dirogol.
"Kalau benar itu faktanya, memang layak dipersoalkan kenapa dia didakwa
melakukan pembunuhan terancang (sehingga berdepan dengan hukuman penjara
seumur hidup)?" soalnya.
Hotman meminta masyarakat memantau kes tersebut agar pelajar terbabit
mendapat keadilan.
Sumber: Sosok