[Video] Jaga Suami Lumpuh Hingga Sihat, Isteri Akur Pihak Mentua Berkeras Nak Pisahkan

Kalau ramai yang masih ingat, dulu seorang kisah pengorbanan wanita bernama Ayu pernah berlegar di media sosial. Insan ini tekad menjaga suaminya yang terlantar koma selama 90 hari dengan sepenuh hati. Selain itu, dia juga turut yakin lelaki itu boleh sembuh walaupun tipis harapan.

Betul-betul setia jaga suami sampai hampir sihat…Sekarang dah boleh bercakap macam biasa

Kini, Ayu sudah selayaknya merasa bangga apabila melihat Muhammad Ridhwan Muhd Zaki hampir sihat sepenuhnya. Kalau dahulu, suaminya tidak mampu bertutur walaupun sepatah kata kesan akibat daripada nahas jalan raya yang menimpanya. Ibarat mendapat peluang kedua hidup, sekarang lelaki berkenaa sudah dapat bercakap seperti biasa.

Tapi ada pihak keluarga mentua nak pisahkan pasangan ini…Nak tuntut hak layak jaga anak

Walau bagaimanapun di sebalik kesetiaan Ayu, tidak sangka ada pihak-pihak yang cuba memisahkan pasangan ini iaitu keluarga mentua sendiri. Sebelum ini, wanita berkenaan pernah dituduh berkhalwat sehingga heboh satu kampung. Akhirnya, mereka menggunakan alasan tersebut untuk menuntut hak kononnya lebih layak menjaga Ridhwan.





Dia jaga Abi dari awal macam-macam orang buat nak pisahkan mereka

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut bersimpati dengan dugaan yang perlu dilalui Ayu. Selain kecewa dengan tindakan yang diambil pihak keluarga mentua, ramai dilihat tidak putus memberi sokongan kepada wanita tersebut untuk mempertahankan haknya sebagai isteri.



Sumber: TikTok Siti Rohayu 


Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel

close