Berang asyik merengek minta digugurkan kandungan, lelaki bvnvh teman wanita & campak ke sungai
DEMAK, INDONESIA - Seorang lelaki tergamak membunuh kekasihnya yang hamil
dan disumbat ke dalam plastik sebelum dibuang ke sungai, lapor laman
Kompas.
Dalam kejadian 27 April lalu, mangsa, Ayu Kurniandani, 19, dibunuh oleh
teman lelakinya, Umar Sodiq, 25, kerana mangsa merengek meminta
kandungannya digugurkan.
Difahamkan, Umar dan Ayu sudah menjalinkan hubungan cinta selama lima
bulan dan sempat melakukan persetubuhan.
Dalam keterangan kepada polis 5 Mei, Umar mengaku dia berang dengan Ayu
yang setiap hari merengek meminta kandungannya digugurkan, sedangkan dia
bersedia bertanggungjawab.
"Saya menyesal tetapi tidak tahan dengan rengekkannya yang meminta
kandungan digugurkan.
"Saya cekik dia selama 20 minit dan dia melawan. Kemudian saya jerut
lehernya dengan tudung. Setelah membunuhnya, saya menyumbat mayatnya dalam
guni dan buang ke dalam sungai sebelum melarikan diri ke luar kota,"
katanya.
Sementara itu, pihak berkuasa yang berjaya mengenalpasti identiti mangsa,
mengesyaki wanita itu dibunuh oleh teman lelakinya dan menguatkan lagi
dakwaan itu apabila rakan suspek memaklumkan suspek sebelum menghilangkan
diri ada memintanya meminjam plastik dari jiran tetangga.
Berdasarkan maklumat itu, polis menemui sejumlah barang bukti seperti
pakaian mangsa, sarung, plastik, batu pemberat dan telefon bimbit milik
mangsa.
Selepas seminggu kemudian, polis berjaya mengesan suspek yang bersembunyi
di daerah Banjar, Jawa Barat, 4 Mei.
"Suspek melawan ketika ditahan dan terpaksa dilumpuhkan kakinya dengan
timah panas," kata jurucakap polis.
"Suspek ditahan atas dakwaan membunuh dan jika disabitkan bersalah, bakal
dihukum penjara 15 tahun.