Warga emas 70 tahun jual tanah demi mengahwini gadis idaman berusia 25 tahun
BONE, INDONESIA - Seorang lelaki warga emas berusia 70 tahun
menggemparkan penduduk di bandar ini apabila berkahwin dengan seorang
gadis yang 45 tahun lebih muda daripadanya, lapor Harian Metro.
Tajuddin Kammisi, 70, turut memberi mas kahwin berjumlah hampir Rp1.4
bilion (RM469,270) kepada isterinya, Andi Vytriana atau dikenali sebagai
Andi Fitri, 25, yang masih belajar di Universiti Bosowa di Makassar, Sabtu
lalu.
Majlis perkahwinan mereka berlangsung di Dusun Tanah Tengah, Desa
Liliriawang, Bengo di Bone, Sulawesi Selatan.
Tajuddin yang juga bekas Naib Wali Kota Parepare, menjual tanahnya bagi
mengahwini gadis idamannya itu.
Dalam upacara akad nikah, turut disebut mas kahwin Rp150 juta (RM50,000),
kereta mewah berharga Rp400 juta (RM134,247), rumah dan emas seberat 200
gram.
Perkahwinan pasangan itu dan jumlah mas kahwin yang besar menjadi viral
selepas gambar mereka tersebar di media sosial.
Ketua Desa Liliriawang, Sunding, mengesahkan perkahwinan pasangan
berkenaan.