Murung Tiada Kerja Sejak PKP, Isteri Dedah Kisah Suami Hampir Mengamuk & Jadi Pesakit Psikiatri
Tidak dinafikan pandemik Covid-19 menular dalam negara sejak tahun lalu memberi kesan kepada orang ramai dimana ada yang terjejas pendapatan dan lebih parah kehilangan kerja.
Baru-baru ini tular komen seorang wanita,
Natashakilla Zulku yang berkongsikan kehidupannya berubah apabila suaminya,
Khairul Kasmon mengalami kemurungan akibat tiada kerja sejak awal PKP lalu.
Lebih membimbangkan, Natasha berkata sebelum
disahkan menjadi pesakit psikiatri, suaminya tidak tidur selama empat hari
empat malam.
Malah, dia pernah melihat suaminya itu
menunaikan solat sehingga 7 rakaat dan kemudian tiba-tiba sahaja menangis.
Tidak hanya setakat itu, Natasha berkongsikan suaminya seperti terkena histeria
dan mengatakan bahawa isterinya adalah klon.
Melihatkan keadaan semakin teruk, dia terpaksa
menghubungi ambulans untuk mendapatkan bantuan dan suaminya tiba-tiba mengamuk
sambil mendukung anak-anaknya serta mengatakan itu adalah hartanya.
Natasha berkata dia pernah berdepan detik cemas
apabila suaminya dua kali lari membawa anaknya ketika di hospital sehingga
suaminya perlu diikat dan diberi ubat penenang.
Memetik laporan Harian Metro, Natasha berkata
suaminya dahulu sangat ceria namun mengalami kemurungan teruk selepas
menghadapi beberapa tekanan hidup.
Ujarnya, sebelum itu suaminya diuji dengan
kehilangan ibu disusuli nenek yang meninggal dunia akibat sakit tua dan ketika
PKP, sektor pekerjaan suaminya dihentikan sementara.
Satu demi satu dugaan, ketika itu dia pula baru
melahirkan anak bongsu mereka dan suami sudah merasa tertekan ditambah pula
dengan masalah kereta rosak dan memerlukan kos pembaikan yang tinggi.
“Suami saya ketika itu bekerja kontrak sebagai
pemandu jentera pengaut hanya mendapat bayaran gaji harian dan sumber kewangan
kami sekeluarga terputus berikutan pelaksanaan PKP fasa pertama,” katanya.
Kata Natasha lagi, selepas suaminya dihantar ke
wad psikiatri di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat, doktor
mengesahkan suaminya mengalami kemurungan melampau dan perlu mendapat rawatan.
Difahamkan, Natasha merupakan seorang suri
rumah dan tiada sumber pendapatan. Jika anda mahu menghulurkan bantuan boleh menghubungi
Natashakilla di talian 011-27873126.
SUMBER: Harian Metro
Sudah baca jangan lupa like, komen dan share ya
😊
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan
bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu dan memikirkan implikasinya sebelum
menulis komen anda disini mahupun di media sosial yang berkaitan dengan artikel
ini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis
disini mahupun dimedia sosial. Ditegaskan, Segala komen adalah hak dan tanggungjawab
anda sendiri.