Isteri Rempuh Kereta Suami Selepas Ternampak Lelaki Itu Bersama Skandalnya
PATHUM THANI, THAILAND - Tanpa menghiraukan keselamatan diri, seorang
wanita merempuh kereta suaminya dengan sengaja selepas ternampak lelaki
itu bersama dengan wanita lain, lapor The Nation.
Dalam kejadian jam 4.30 petang, di Jalan Rangsit, Nakhon Nayok, Tambon
Bung Yitow, Sabtu lalu telah menyebabkan kesesakan jalan raya sepanjang
empat kilometer.
Difahamkan, si isteri yang memandu kereta Toyota Fortuner sebelum itu
sedang giat mengesan kedudukan suaminya menggunakan GPS. Seketika
kemudian, wanita itu terserempak dengan kereta suaminya dan melihat lelaki
itu bersama dengan seorang wanita lain yang dipercayai
kekasihnya.
Berang melihat keadaan itu, si isteri bertindak mengejar kereta
tersebut.
Bimbang lelaki itu melarikan diri, si isteri mengambil keputusan merempuh
Mercedes itu lalu menyebabkan kemalangan yang melibatkan empat buah kereta
lain. Akibatnya, enam mangsa mengalami kecederaan ringan, selain menyebab
tiga buah kenderaan yang terlibat, rosak.