Lelaki Rog0l & Tik4m Kemalv4n 23 Mangsanya Hanya Kerana Dendam Terhadap Wanita
MAKASSAR, INDONESIA - Polis Indonesia menembak mati seorang perogol
bersiri yang didapati bersalah selepas melarikan diri bersama beberapa
banduan lain dari sebuah penjara di Makassar kira-kira dua minggu lalu,
lapor Harian Metro.
Ikbal, 32, didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman mati pada tahun lalu
oleh sebuah mahkamah di Luwu Tiumur, Sulawesi Selatan, kerana merogol
sebelum menikam kemaluan 23 wanita yang menjadi mangsanya. Salah seorang
mangsanya meninggal dunia kerana kehilangan darah yang banyak.
Jurucakap polis berkata, Ikbal ditembak mati ketika cuba ditangkap dalam
satu serbuan di Poso, Sulawesi Tengah kelmarin.
Kematian lelaki itu menghilangkan ketakutan penduduk terutamanya wanita
yang masih trauma dengan jenayah kejam lelaki terbabit.
Difahamkan, Ikbal melakukan jenayah tersebut pada tahun 2015 dengan
menceroboh rumah penduduk sebelum merogol wanita. Tidak cukup dengan itu,
Ikbal juga turut menikam kemaluan mangsanya dengan pisau.
Ketika dibicarakan, Ikbal memberitahu mahkamah yang dia bertindak
demikian kerana dendam terhadap golongan wanita.