"Saya Dipaksa Minum Minuman Tenaga Terlebih Dahulu..", Lelaki Dicvlik & Dirog0l 3 wanita selama 3 hari
AFRIKA SELATAN - Seorang lelaki berusia 23 tahun berada dalam keadaan
trauma selepas diculik dan dirogol tiga wanita yang tidak dikenalinya,
lapor Daily Mail.
Dalam kejadian Jumaat lalu, mangsa terdahulu menaiki teksi komuniti untuk
pergi ke timur Pretoria, yang di dalamnya ada tiga wanita. Mangsa
diarahkan duduk di depan.
Mangsa kemudian disuntik dengan cecair yang tidak dapat dikenal pasti
menyebabkan dia pengsan.
Menurut jurucakap polis, apabila tersedar, mangsa mendapati dia berada di
atas katil dalam sebuah bilik.
"Kesemua suspek wanita itu kemudian memaksa lelak iitu minum minuman
tenaga sebelum merogolnya bergilir-gilir selama tiga hari.
"Polis Afrika Selatan mengambil serius semua laporan kesalahan seksual
tanpa mengira jantina," katanya.
Selepas kejadian itu, mangsa kemudian ditinggalkan di kawasan lapang
dalam keadaan separuh bogel sebelum menumpang kereta orang awam untuk ke
balai polis membuat laporan.
Jurucakap Pertubuhan Mangsa (Lelaki) Penderaan Seksual Afrika Selatan,
Rees Man, berkata, hampir 20% jenayah seksual membabitkan lelaki sebagai
mangsa dilaporkan.
"Ramai mangsa lelaki tidak membuat laporan polis berbanding wanita kerana
menganggap polis tidak mengambil serius dengan kes mereka,"
katanya.
Jenayah dan keganasan seksual di Afrika Selatan semakin meningkat dan
dianggarkan lebih setengah juta kes rogol berlaku setiap tahun di negara
itu.