'Saya sakit hati, dia selalu maki saya' - Bapa tet4k anak kandung sampai m4ti
MATARAM, INDONESIA - Seorang kanak-kanak berusia 8 tahun dibunuh bapa
kandungnya sendiri, Jumaat lalu.
Dalam kejadian jam 12.00 tengah hari, suspek, Ahmad Subhan, 48,
menghampiri anaknya, Muhammad Albani, 8, yang sedang tidur di ruang tamu
lalu menetak leher mangsa dengan menggunakan parang menyebabkan mangsa
maut serta merta.
Suspek kemudian memanggil isterinya yang tidur di dalam bilik dan
mengatakan bahawa anak mereka sedang menangis. Melihat anaknya berlumuran
darah, si ibu terus menjerit sebelum jiran datang membantu membawa mangsa
ke hospital. Namun mangsa telah meninggal dunia.
Suspek juga dilaporkan pengsan selepas kejadian itu. Sebaik saja
tersedar, suspek mengakui melakukan pembunuhan itu.
Susulan kejadian itu, suspek ditahan polis dan motif kejadian masih dalam
siasatan.
Ketua Pesuruhjaya Polis Haris Dinzah berkata, suspek telah ditahan
susulan kejadian itu dan masih dalam keadaan murung. Pegawai penyiasat
masih belum dapat merungkai motif pembunuhan tersebut.
Lapor portal berita Indonesia, suspek yang menyesal dengan perbuatannya
itu bagaimanapun mengaku berbuat demikian dalam keadaan sedar dan tiada
mendengar sebarang bisikan suara yang mendorong kepada tindakannya
itu.
|
"Tidak pernah terfikir akan melakukannya (pembunuhan tersebut). Selama
ini tak pernah juga memukulnya. Tetapi setiap nasihat yang saya berikan,
selalu dibalas dengan kata-kata tidak sepatutnya yang membuatkan emosi
saya adakalanya marah," kata suspek.
Suspek yang dikhabar kerap menjadi imam di masjid kampungnya, tidak
menolak kemungkinan anaknya bersikap kurang ajar seperti itu berpunca dari
pergaulan dengan rakan-rakannya.