Lelaki sebat anak kekasih 62 kali dengan tali pinggang kerana curi charger telefon
TEXAS, AMERIKA SYARIKAT - Seorang lelaki ditahan kerana mendera anak
teman wanitanya selepas rakaman videonya berbuat demikian tersebar di
media sosial.
Kordarell Williams, 27, menyebat mangsa yang berusia 7 tahun itu sebanyak
62 kali dengan tali pinggang di bahagian kepala, bahu dan kaki dalam
rakaman berdurasi lima minit di utara barat Houston.
Williams mengaku melakukan perbuatan itu kerana mangsa telah mencuri alat
pengecas telefonnya, lapor Click 2 Houston. Namun menafikan dakwaan
menyebat mangsa 62 kali, sebaliknya hanya 16 kali sahaja.
Kejadian itu dilaporkan berlaku pada jam 5 petang, Khamis lalu di luar
kereta Williams berhampiran kediamannya dan dirakam oleh saksi yang berada
tidak jauh dar itempat kejadian.
Dengan bantuan rakaman itu, polis mengesan suspek berpandukan nombor pendaftaran kereta tersebut yang membawa kepada penahanan suspek tiga jam selepas video tersebut viral di media sosial.
Williams kini ditahan dan mangsa diserahkan kepada pusat perlindungan
kanak-kanak untuk dijaga sementara waktu.