"Saya tak menyesal pot0ng kemalvan suami yang kaki perempuan"
BANDAR ILOILO, FILIPINA - Tidak tahan dengan sikap suami kaki perempuan,
seorang wanita memotong kemaluan suaminya dengan gunting, lapor
Inquirer.net.
Mark Betita, 33, sebelum kejadian sedang tidur di rumahnya di bandar
Carles sebelum isterinya, Leizel, memotong alat kelaminnya dengan gunting
pada 22 April lalu.
Leizel ditahan polis selepas kejadian itu di balai polis sementara
menunggu penyelesaian kes yang difailkan terhadapnya kerana mencederakan
Mark.
"Saya tidak menyesal memotong kemaluannya. Ini sebagai hukuman kepadanya
kerana ini balasan terhadap kaki perempuan. Saya bersedia berdepan dengan
apa-apa kemungkinan kerana tindakan saya ini," kata Leizel.
Pegawai polis, Carles, Alexis Bataga berkata, siasatan awal menunjukkan
Leizel bersama Mark minum pada malam kejadian.
"Apabila suaminya mabuk, mereka masuk ke bilik tidur. Tidak beberapa lama
kemudian, mangsa keluar dalam keadaan berlumuran darah dan mendakwa
isterinya telah memotong kemaluannya," katanya.
Mangsa dikejarkan ke hospital, malangnya doktor gagal menyambung semula
zakarnya. Sementara itu Leizel menjelaskan dia hanya mahu memberi
pengajaran kepada suaminya.
"Saya bosan dengan sikapnya yang kaki perempuan dan dia mempunyai teman
wanita baharu baru-baru ini," kata Leizel.
Bagaimanapun, Mark menafikan dakwaan itu dan nekad mahu memfailkan saman
terhadap isterinya.