Kanak-kanak mel3cur selepas dicamp4k dalam tab mandi berisi 4ir panas kerana kotorkan pakaian
MISSOURI, AMERIKA SYARIKAT - Gara-gara menggotorkan seluar, seorang
lelaki tergamak mencampak kanak-kanak lelaki berusia dua tahun ke dalam
tab mandi berisi air panas sebagai hukuman, lapor Mirror.
Korbin Edwards, 2, dijaga oleh teman lelaki ibunya, Daniel Rose, 32,
bertindak demikian kerana berang mangsa telah menggotorkan
seluarnya.
Mangsa yang mengalami kesan lecur tahap tiga dari bahagian pinggang ke
bawah dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Kejadian itu
menyebabkan perut dan ususnya rosak teruk memaksanya menggunakan N-tiub,
katerer dan Iv selama beberapa minggu.
Selepas terselamat dari kecederaan yang dialami, doktor memberi amaran
bahawa mangsa tidak akan dapat berjalan lagi berikutan kecederaan teruk di
kulitnya. Namun ajaibnya, Korbin yang kini berusia enam tahun mampu
berjalan dengan dorongan dan bantuan ibunya.
DJ Gilbert, 34, dari Bandar Kansas di Missouri, Amerika Syarikat berkata,
"Saya benar-benar takut bila pertama kali melihat kulitnya yang merah
terang dan putih. Saya dimaklumkan dia mengalami luka terbakar tahap tiga
bermula dari bahagian perut, pinggang, alat kelamin, punggung dan
keseluruhan kakinya.
"Disebabkan kejadian itu, perut dan ususnya telah rosak sehingga
meneyebabkan dia tidak boleh makan, minum, pergi ke bilik air sendirian
dan segala-galanya. Sukar untuk saya melihat keadaan dia
begitu.
"Dia memerlukan tiub makanan, IV dan keteter selama tiga minggu. Itupun
dia tidak boleh makan makanan pejal bagi tempoh masa yang
lama.
"Tetapi dia semakin pulih dan keadaannya semakin baik dan walaupun
diberitahu dia mungkin tidak boleh berjalan lagi, dia buktikan bahawa
tanggapan itu salah. Dia seorang budak yang sangat kuat."
katanya.
Difahamkan, Gilbert meninggalkan dua anaknya dalam jagaan Rose pada 2013
ketika dia berada di tempat kerja. Pada awalnya dia terkejut apabila
menerima gambar anaknya dengan tanda merah yang didakwa Rose sebagai ruam
lampin.
"Saya kenal Daniel selama 15 tahun dan kami telah bercinta selama
beberapa bulan dan dia telah menjaga Korbin ketika kejadian itu
berlaku.
"Dia menghubungi saya di tempat kerja dan memaklumkan Korbin mengalami
ruam. Lalu saya meminta dia menghantarkan gambar dan apabila saya
menerimanya, dari bahagian perut hingga ke bawah kaki Korbin
kemerah-merahan.
"Apabila saya tiba di rumah, Krobin baring di sofa dan kulitnya telah
tertanggal. Saya membungkusnya dengan selimut dan bawa ke hospital,"
katanya.
Siasatan polis mendapati, Daniel telah mencampak mangsa ke dalam tab
mandi yang berisi air panas kerana berang mangsa mengotorkan
pakaiannya.
"Dia beritahu saya ia adalah ruam lampin tetapi dalam keterangannya pada
polis, dia mendakwa Korbin terjatuh dalam tab mandi.
"Kami percaya Daniel marah kerana Korbin kotorkan seluarnya dan
disebabkan itu Daniel campak dia ke dalam air panas," katanya.
Daniel Rose, dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun selepas didapati
bersalah pada Ogos lalu.
"Saya tak sangka dia tergamak lakukan anak saya begini sedangkan dia
langsung tiada tanda-tanda akan menjadi manusia kejam seperti ini. Dia
pernah berkhidmat sebagai tentera dan dia orang yang baik yang saya sangka
dia boleh dipercayai," katanya.