Buli, 3 pelajar sumbat cebisan kertas dalam mata mangsa

 


Seorang pelajar perempuan berusia 7 tahun di Henan, China, mendakwa dia kerap dibuli tiga pelajar lelaki di sekolahnya, sehinggalah kejadian yang baru-baru ini di mana mereka bertindak keterlaluan. 

Mangsa mendakwa, tangan dan kakinya ditahan oleh dua pelajar terbabit, sementara seorang lagi pelajar lelaki itu mengoyakkan kerja sekolahnya sebelum mengambil cebisan kertas yang digulung dan disumbat ke bahagian dalam mata mangsa. 

28 September, ibunya mendapati terdapat banyak cebisan kertas di mata mangsa. Selepas ditanya, mangsa mendedahkan dia telah dibuli oleh rakan sekelas. 

Mangsa dibawa ke hospital di Zhengzhou, Beijing. Doktor memaklumkan mereka tidak pernah menerima kes seperti itu. Sejumlah besar kertas kecil dikeluarkan dari mata mangsa. 


Apa yang teruknya ialah, terlalu banyak cebisan kertas yang dimasukkan ke dalam mata dan masih ada kertas yang tidak dapat dikeluarkan. Akibatnya, tahap pengelihatan mangsa terjejas. 

Sementara itu, pengetua sekolah itu berkata, "Budak-budak ni berusia 7 atau 8 tahun, mereka tiada niat jahat. Mereka hanya bergurau sahaja," katanya. 

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel

close