Guru tadika dipecat kerana paksa dua murid berjemur di bawah matahari terik sebagai hukuman
Seorang guru di sebuah tadika di China dipecat kerana memaksa dua murid
berjemur di bawah matahari terik sebagai hukuman kerana bermain di asrama
ketika waktu tidur petang.
Klip video pendek yang viral di media sosial menunjukkan murid lelaki
baring di taman permainan, manakala murid perempuan berdiri kira-kira lima
meter di sebelah kanannya, mengundang kemarahan netizen.
Dua murid terbabit diarahkan keluar ke taman permainan kerana mengganggu
murid-murid lain yang sedang tidur petang pada Rabu lalu. Cuaca di luar
pada ketika itu mencecah 33'C.
Amalan tidur petang merupakan perkara yang telah lama dipraktik di China
bagi memastikan murid-murid mempunyai tenaga yang mencukupi pada sesi yang
seterusnya.
Keesokan hari, pihak berkuasa Zhangzhou memaklumkan guru terbabit telah
dipecat dan tadika tersebut diarahkan ditutup.
Sumber: Asia One