Suami tergamak 'ju4l' isteri RM586 di Facebook
Seorang lelaki sangup menjual maruah isterinya untuk khidmat seks
'threesome' di Facebook dengan alasan keluarganya menghadapi masalah
kewangan.
M Amin Santoso, 29, terpaksa berbuat demikian biarpun terpaksa menjual
isterinya yang telah dikahwini selama 12 tahun itu.
Apabila disoal wartawan di ibu pejabat polis Surabaya, Amin menjelaskan
hasil dari melacur isterinya itu adalah untuk membiayai persekolahan dua
anaknya.
Difahamkan, Amin bekerja sebagai pengangkat barang namun dia mendakwa
pendapatan yang diperolehinya tidak mencukupi.
Bagi pekerjaan itu, Amin mendapat bayaran 50 ribu rupiah (RM14) sehari.
Sehinggalah dia ditawarkan khidmat terkutuk itu dengan tawaran 2 juta
rupiah (RM586).
Isteri Amin yang turut hadir, membuat pengakuan melakukan khidmat seks
tersebut kerana mereka terdesak memerlukan wang.
Ekoran perbuatannya itu, Amin kini berdepan dengan tindakan Undang-Undang
Pemerdagangan Manusia atau Mencari Keuntungan daripada Pelacuran Wanita,
manakala isterinya dibebaskan.
Sumber: Detik, Astro Awani