Ibu bapa restu anak berkahwin dengan wanita lebih tua selepas ditawarkan RM3.1 juta
Majlis perkahwinan pasangan itu berlangsung pada 10 Januari lalu di
Qionghai, Hainan, China, viral di media sosial dan apa yang menariknya
ialah ibu pengantin lelaki itu hanya setahun lebih tua dari
isterinya.
Difahamkan, ibu bapa pengantin lelaki pada awalnya menentang perkahwinan
mereka dan memberikan alasan bahawa perbezaan usia 15 tahun di antara
mereka sebagai alasan. Selain itu, umur anak janda berkenaan berusia
14 tahun, hasil perkahwinan terdahulu juga menjadi alasan mereka untuk
menghalang perkahwinan pasangan itu.
Terdahulu, wanita berkenaan yang merupakan seorang ahli perniagaan
hartanah yang kaya itu hamil selepas bercinta dengan lelaki muda berkenaan
mengambil keputusan untuk berkahwin.
Selepas mendapati ibu bapa pasangannya tidak bersetuju dengan perkahwinan
mereka, wanita berkenaan menawarkan wang perkahwinan sebanyak 660,000
Yuan, lot hartanah dan kereta Ferrari yang semuanya bernilai kira-kira
5,000,000 Yuan.
Buta dengan tawaran itu, ibu bapa lelaki muda terbabit terus bersetuju
dan memberi restu untuk mereka berkahwin.
Pasangan itu berkahwin dalam sebuah majlis yang mewah, tiba dengan
Ferrari merah dengan pengantin wanita memakai barang kemas dan perhiasan
mahal lain.
Sementara itu di media sosial, netizen mengucapkan tahniah kepada
pasangan berkenaan. Namun ada segelintir yang mendakwa lelaki muda itu
berkahwin hanya kerana wang, bukannya kerana cinta sejati.
Sumber: mStar, Next Shark
Sumber: mStar, Next Shark