Nyaris terlanggar bayi merangkak ke tengah jalan raya
Seorang lelaki Thailand berkongsi kejadian di mana dia hampir saja
menggilis bayi lelaki yang merangkak ke tengah jalan raya mencetuskan
pelbagai reaksi netizen di media sosial.
Kittithorn Jadaeng, guru di sebuah sekolah berkata, dia ternampak bayi
ketika melalui jalan raya itu di Uthai Thani semasa dalam perjalanan ke
Sekolah Banmai Klong,angwa di daerah Ban Rai.
Kittithorn segera keluar mendapatkan bayi itu mencari ibu bapa anak kecil
itu.
Difahamkan ibu bayi berkenaan tiada di rumah pada ketika kejadian dan
bapanya pula tertidur di dalam rumah.
"Bayi itu merangkak ke tengah jalan dan kalau ada kereta yang memandu
laju dan tidak menyedari kehadirannya, saya tidak dapat membayangkan apa
seterusnya yang akan berlaku," katanya.
Justeru Kittithorn menasihatkan golongan ibu bapa berhati-hati dan
sentiasa mengawasi anak-anak mereka.