'Mak, apsal muka kita semua macam Lego?' - Netizen tergelak tengok gambar yang diedit jurugambar yang mendakwa dirinya profesional
Pam memilih menggunakan khidmat seorang jurugambar wanita usia
pertengahan tahun untuk merakam gambar keluarganya yang terdiri dari
dirinya, suami, dua orang anak lelakinya serta ibu mertuanya dengan
bayaran US$250 (RM988.75) pada Mei 2017.
"Okey, ini bukan gurauan. Kami membayar seorang jurugambar (wanita) yang
mendakwa dirinya profesional, $250 untuk merakam gambar keluarga,"
tulisnya.
Khamis lalu, Pam telah menerima bungkusan yang dihantar oleh jurugambar
berkenaan hasil-hasil gambar yang dirakam berserta dengan sekeping
cakera padat.
"Lihatlah hasil gambar-gambar yang dia hantarkan kepada kami. Dia kata,
bayang-bayang di wajah kami agak teruk pada hari yang indah dan cerah
itu, malah dia kata profesornya tidak pernah mengajar dia untuk
menyunting gambar.
"Jangan ragu-ragu kongsi gambar-gambar ini. Saya dah lama,
bertahun-tahun tak pernah ketawa teruk sebegini. Sekali lagi, ini bukan
gurauan," tulisnya di Facebook yang kini telah dikongsi lebih dari
391,311 pengguna Facebook.
Walau bagaimanapun, Pam meminta jurugambar itu memberikan gambar-gambar
yang belum disunting dan tidak berniat mahu meminta wangnya
dikembalikan.





