[Video] "Saya Dah Kata Jangan Tengok Tapi Dia Degil..", Bapa Potong Tangan Anak Sebab Terlalu Gemar Menonton Video Lvc4h
Polis telah menahan seorang bapa yang didakwa memotong tangan kanan anak
lelaki selepas mencekup mangsa menonton video lucah di internet,
lapor Nextshark.
Mohammad Qayyum Qureshi, 45, dari Hyderabad, Telangana, menyerah diri di
balai polis pada Isnin lalu dan mengaku melakukan jenayah
tersebut.
Qureshi dalam keterangannya kepada pihak polis berkata, dia menggunakan
pisau pemotong daging untuk memotong tangan kanan anaknya,
Mangsa yang cedera dan mengalami pendarahan teruk dikejarkan ke hospital
berdekatan.
Menurut Inspektor P Lakshmikanth Reddy berkata, bapa kepada empat orang
anak itu didakwa mengikut Akta 307 Kanun Keseksaan atas cubaan
membunuh.
Ketika disoal siasat, suspek menjelaskan anaknya, Mohammad Khalid
Qureshi, kerap menonton video lucah meskipun tertuduh telah memberi amaran
berulang kali.
Mangsa yang bekerja sebagai pembantu pejabat dicekup bapanya ketika
sedang menonton filem lucah di telefon bimbit.
Apabila bapanya cuba merampas telefon tersebut, mangsa menghalang dan
menggigit tangan bapanya sebelum keluar dari rumah dan menegaskan dia
tidak akan pulang. Namun mangsa kembali ke rumah apabila semua ahli
keluarganya sedang tidur.
"Pada pagi Isnin, dua beranak itu bergaduh sekali lagi mengenai isu yang
sama. Berang dengan kedegilan mangsa, suspek mengambil pisau pemotong
daging dan memotong tangan kanan anaknya.
"Mendengar jeritan mangsa, ahli keluarga yang lain terus datang melihat
apa yang berlaku dan segera membawa mangsa ke hospital berdekatan. Doktor
yang merawat mangsa berkata, 90% dari kecederaan yang dialami mangsa
mungkin menyebabkan tangannya tidak dapat disambung semula," menurut
kenyataan polis.