Pengantin Ketar Tangan & Laju 'Reverse' Salam Suami, First Time Bersua Muka
Tidak dapat di nafikan, pernikahan adalah hari yang paling bahagia dan bersejarah bagi setiap individu. Lafaz nikah yang di ungkapkan merupakan tanggungjawab dan amanah yang akan di pikul selama menjadi suami isteri. Detik yang paling di nantikan oleh para tetamu adalah ketika selepas akad nikah iaitu waktu membatalkan air sembahyang walaupun ia bukan lah satu perkara yang wajib di lakukan.
Ketar tangan nak salam sebab tak pernah jumpa... Pengantin PKP 'gabra'
Perkara yang biasa di lihat si isteri akan ternsenyum malu apabila bersalaman dengan sang suami buat kali pertama. Namun, lain pula kisahnya dengan pengantin baru ini apabila viral di TikTok, kedua-duanya 'gabra' kerana pertama kali bertemu di waktu akad nikah mereka.
Pada awalnya, si suami yang di kenali sebagai Umar Hakim berdiri tegak sambil menghulurkan tangan memperlihatkan dirinya bersedia. Namun begitu, kerana malu isterinya tunduk dan teragak-agak untuk bersalaman. Walaupun keduanya kelihatan kekok, Namun gelagat mereka sangat mencuit hati dan sweet. Belum pun sampai 2 saat mereka bersalaman, bag wallet yang sedang di pegang Umar jatuh dan membuatkan isterinya terus mengundur.
Nampak kesuciannya, seperti sentuh itu berdosa... Comel tapi macam terkena electric shock dah
Rata-rata netizen berasa terhibur melihat gelagat pasangan pengantin PKP tersebut. Terdapat juga netizen yang mengakui situasi tersebut memang membuatkan individu cukup nervous terutamanya pengantin yang baru pertama kali bersua muka. Dalam masa yang sama, mereka juga turut teruja melihat adegan yang sweet itu, walaupun masing-masing sudah halal dan sah menjadi suami isteri.