Viral Tokoh Tahfiz Nikahi 'Bidadari' Di Usia 18 Tahun, Jodoh Tiba Awal
Mendirikan rumah tangga bukanlah sesuatu yang mudah kerana setiap pasangan akan ada satu amanah yang di pikul. Banyak persiapan yang perlu mereka persiapkan iaitu dari segi kewangan dan tanggungjawab. Namun begitu, siapa tahu bila jodoh akan tiba kerana jodoh dan ajal itu adalah rahsia Allah. Kisah yang viral melalui sebuah video di applikasi TikTok baru-baru ini adalah hikmah di sebalik 'menghalalkan' hubungan pada usia muda.
Ketentuan jodoh awal... Tokoh Tahfiz curi perhatian nikah umur 18 tahun
Gadis yang bernama Afrina Huda yang berumur 19 tahun itu di beri gambaran sejuk mata memandang oleh netizen pada hari pernikahannya. Manakala suaminya pula yang berumur 18 tahun dan dikenali sebagai Abdul Rauf Sapuan juga pernah di jobatkan sebagai 'Tokoh Tahfiz 2018'. Pemuda ini pernah mengejutkan ramai pihak apabila dia berjaya menghafal satu muka surat al-quran dalam tempoh kurang daripada 8 minit.
Bukan soal jodoh pada usia muda... Tetapi bernikah pada masa yang tepat
Merujuk kepada kapsyen videi, Afrina menjelaskan bahawa ia bukan hanya semata-mata tentang jodoh pada usia muda. Namun, dia menyifatkan bahawa jodoh mereka tepat pada waktunya. Hal ini di fahamkan, mereka berdua akan melanjutkan pelajaran mereka di mesir pada waktu yang terdekat.
Di satukan dengan 'Bidadari'... Beza nikah tanpa couple, hati bila tengok tenang je
Melihat ke ruangan komen, ramai netizen yang memuji penampilan dan akhlak pasangan tersebut. Netizen juga sempat menitipkan doa agar hubungan mereka kekal hingga ke jannah. Tidak lupa juga ada yang berkongsi indah ya perkhawinan tanpa 'couple' terlebih dahulu.