Lelaki Gila Seks Suntik Mangsa Dengan Air M4ni
Seorang wanita diserang lelaki gila seks dengan picagari mengandungi air mani di sebuah pasar raya di Maryland, Amerika Syarikat.
Lelaki terbabit, Bryon Stemen, 51, sempat memaklumkan kepada mangsa
'tikaman' itu seakan-akan seperti sengatan lebah.
"Saya tahu rasanya hanya seperti disengat lebah," katanya sambil mencucuk
picagari di punggung mangsa.
Dia kini meringkuk di sebalik tirai besi selepas dijatuhi hukuman penjara
10 tahun.
Serangan terhadap Katie Peters itu berlaku Februari tahun lalu.
Dia memaklumkan kepada CBS Baltimore suspek menghampirinya ketika dia
memasuki pasar raya.
Tidak lama selepas itu dia berasa 'panas' seperti dicucuh rokok pada
tubuhnya.
Kejadian itu pada mulanya tidak disedari hingga dia tiba di rumah dan
mendapati ada luka tusukan.
"Ketika memandu pulang saya rasa sesuatu tidak kena pada tubuh.
"Saya menghubungi anak lelaki dan memaklumkan sesuatu yang tidak baik
berlaku namun harap ia tidak serius," katanya seperti dilaporkan The
Sun.
Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup, lelaki terbabit menyerang
wanita berkenaan menggunakan picagari.
00:30
Sumber: Harian Metro